Thursday, October 4, 2007

Jika anda minat menulis,sila baca panduan ringkas ini.mungkin ia dapat membantu sedikit banyak tak banyak...
1.Anda perlu tahu apa yang anda hendak tulis.Jika anda mahu menulis buku tentang psikologi,biografi,
motivasi,tips,panduan,keibubapaan,ekonomi,sejarah,panduan dan apa sahaja.Jika anda mahu tulis tentang sesuatu
jenis dan kategori,anda perlu mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan apa yang anda tulis.Sebagai contoh buku keibubapaan.
Anda perlu membaca buku-buku tentang keibubapaan,majalah,laman web,kajian,jurnal dan lain-lain tentang keibubapaan.

2.Mulakan dengan merangka bab dan tajuk.
Apabila anda telah memiliki pelbagai bahan dan idea tentang apa yang anda akan tulis,
anda perlu merangka bab dan tajuk.Sebagai contoh,buku tentang motivasi untuk individu yang mahu berjaya

Kandungan:
Dari Pengarang
Mengapa kita perlu berjaya?
Bab 1 : 10 alasan manusia mahu berjaya
Bab 2 : 10 langkah menuju kejayaan.
Bab 3 : Kejayaan datang daripada kegagalan.
Bab 4 : Rahsia manusia berjaya
Bab 5 : Alasan manusia yang telah gagal
Bab 6 : Kejayaan membuahkan kebahagian hidup
Bab 7 : 10 punca gagal
Bab 8 : Tukar negatif kepada positif
Bab 9 : Kejayaan adalah kemahuan
Penutup
Bacaan tambahan dan sumber rujukan

3.Apabila anda telah merangka tajuk dan bahagian-bahagian,anda boleh mula menulis satu persatu.
Anda boleh menukar tajuk atau bahagian yang mana-mana anda rasakan sesuai.
Anda perlu menulis dengan teliti dan bahasa yang mudah difahami agar mesej anda sampai kepada pembaca.

4.Apabila telah siap sesebuah manusrip,anda perlu membaca dan meneliti
mana-mana anda rasa sesuai untuk ditambah atau dibuang.Ini akan menjamin kualiti
penulisan anda.


5.Apabila anda benar-benar telah berpuashati dengan manuskrip anda,
barulah anda mencetak dan menjilidnya dengan baik dan hantarlah
kepada mana-mana penerbitan yang anda suka.

6.Pastikan anda menghubungi syarikat penerbitan untuk pengesahan
penerimaan manuskrip.

7.Anda perlu bersabar beberapa bulan atau tahun sebelum menerima jawapan dari syarikat penerbitan
sama ada manuskrip anda diterima atau tidak.

selamat menulis....
Jika anda berminat menulis novel,sila baca...
Panduan menulis novel


1) Fikirkan cerita apa yang hendak diceritakan.
2) Pilih nama yang anda fikirkan sesuai.
3) Create sinopsis secara rambang (mesti dibetulkan dari semasa ke semasa)
4) Tulislah apa yang anda mahu diceritakan. Tulis sahaja meski tidak ditil. dari semasa ke semasa terus perbetulkan, bentuk bab demi bab.
5) Jika sudah kehabisan idea / ilham, jangan putus asa, baca semula apa yang sudah kita tulis. memang agak penat sikit tapi itu salah satu cara untuk kita mengundang ilham.
6) Sambung cerita sedikit demi sedikit, jika sudah cukup panjang dan idea langsung tidak menyebelahi kita, simpan dan peram lama. Mungkin 2 ke 3 bulan? dalam masa itu, buat cerita lain. Buka semula apabila sudah lupa cerita pertama. Baru umh. Cubalah.....

- Ada dua cara menulis novel, saya pun ketahuinya dari rakan penulis juga... bukan pro sangat. Pertama : 1- Susun plot mengikut bab. 2- Terus menulis.
Anda boleh memilih yg mana dirasakan sesuai dgn anda, asalkan selesa.
Bye... jumpa lagi.

sumber: http://ramlahrashid.blogspot.com/


ini adalah novel pertama dalam hidup yang saya baca.Novel ini adalah hadiah dari pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin,Masjid Tanah Melaka kerana mendapat nombor dua di dalam darjah enam pada tahun 1986.
Terima kasih cikgu...
Jika anda ingin membeli novel ini,layari www.ujanailmu.com.my