Monday, October 6, 2008

Penulis syok sendiri

Menjadi doktor syok sendiri,mungkin menyebabkan nyawa pesakitnya terancam,malah membawa kematian.Menjadi politikus syok sendiri mungkin berjaya mengembangkan karier politik ke tahap tinggi,namun bakal memusnahkan sebuah negara dengan pelbagai doktrin dan teori mengarut.Begitulah juga dengan seorang gadis yang hanya tahu syok sendiri dicintai dan disayangi oleh jejaka,akhirnya hidup bersendirian ke akhir hayat....
Begitulah bahayanya penyakit syok sendiri....
Begitulah juga dengan penulis syok sendiri.
JIka seseorang penulis menulis dengan berperasaan syok sendiri,ia akan menghancurkan karier dan bidang penulisan.Ini berlaku akibat sikap tersebut mempengaruhi bentuk penulisan.Bukan sahaja tidak berilmiah dan membuang masa mengadap komputer saban hari,malah manuskrip ditongsampahkan penerbit.
Penyakit syok sendiri adalah merbahaya dan perlu dibuang.Jika tidak,masa dan wang akan terbuang begitu sahaja.
Antara tanda-tanda seseorang itu penulis syok sendiri ialah :
1.Menulis mengikut cita rasa sendiri tanpa mengikut panduan dan nasihat editor dan syarikat penerbitan.
2.Malas membuat penyelidikan dan kajian.
3.Mengulang-ulang teori dan kaedah lapuk dan ketinggalan zaman.
4.Menganggap editor kurang bijak.
5.Tidak mahu memperbaiki diri.
6.Tidak mahu menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penulisan.
7.Tidak mahu berkenalan dengan para penulis yang telah berjaya.
8.Suka menganggap teguran dan kritikan sebagai sampah.
9.Membuang manuskrip jika gagal diterima .
10.Menjadi hamba wang dengan menjadi penulis picisan seperti novel lucah dan seangkatan dengannya.

Jauhi penyakit syok sendiri jika mahu berjaya,bukan sahaja di dunia,tetapi juga negara akhirat kekal abadi......