Wednesday, September 26, 2007


Jika anda minat menulis sama ada cerpen,makalah,skrip,lirik,novel,buku dan lain-lain,ia adalah aktiviti yang bermanfaat.
Antara langkah pertama untuk menjadi penulis berjaya ialah:

Anda mesti rajin membaca.Anda perlu rajin membaca buku,novel,majalah,buletin,laman internet,risalah dan lain-lain.
Membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan,tetapi juga menambah idea dan bahan penulisan.

Anda perlu mempunyai tata bahasa atau nahu yang baik.Ini akan memudahkan anda menulis dan memudahkan editor syarikat penerbitan membaca dan meneliti tulisan anda.

Anda perlu memahami apa yang dikehendaki syarikat penerbitan.Sebagai contoh,penerbit A meminati novel kisah cinta dan anda pula menghantar novel kisah sejarah,sudah tentu karya anda ditolak.Justeru memahami apa yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat penerbitan adalah penting.Anda boleh menghubungi syarikat-syarikat penerbitan untuk memahami setiap kemahuan dan kehendak mereka.Setiap penerbit mempunyai kriteria dan falsafah yang berlainan.

Jangan putus asa.Untuk berjaya memerlukan masa yang lama.Bak kata omputih 'no pain no gain'.Justeru anda perlu menulis dan tulis tanpa rasa jemu bin bosan.Sikap putus asa akan membunuh cita-cita dan impian dalam bidang apa pun.

Hadiri bengkel dan kursus.Menghadiri bengkel dan kursus dalam bidang penulisan akan menambahbaik penulisan anda.Banyak bengkel dan kursus dianjurkan,antara yang perlu dihadiri ialah kursus yang dianjurkan syarikat PTS Publication & Distributors.Maklumat lanjut,layari www.pts.com.my

Banyak berkawan.Anda perlu mempunyai ramai kawan dan teman terutama sekali teman yang minat menulis.Anda boleh berkongsi pengetahuan,pengalaman,idea dan lain-lain yang perlu.Ramai kawan,banyaklah pengetahuan...

Demikianlah beberapa langkah awal untuk berjaya menjadi penulis...