Sebagai penulis,tentu mahukan manuskrip diterima penerbit.Walau bagaimanapun,untuk menulis sesuatu yang pasti diterima adalah amat payah kerana setiap penerbit mempunyai kriteria pemilihan tersendiri,namun anda boleh berusaha menghasilkan manuskrip yang mudah diterima penerbit.
Jika mahu manuskrip diterima,antara perkara yang perlu diambil berat ialah :
1.Fahami bentuk tulisan yang dimahukan penerbit.Sebagai contoh,jika penerbit ABC mahukan penulisan berbentuk motivasi,anda perlu menghasilkan manuskrip berbentuk motivasi.Jika penerbit XYZ meminati tulisan berbentuk ilmiah dan isu semasa,anda perlu menghasilkannya.Begitulah seterusnya....
2.Banyakkan membaca buku-buku yang telah diterbitkan oleh sesebuah penerbit agar dapat memahami kehendak dan kemahuan bentuk tulisan yang biasa diterbitkan.
3.Adalah lebih baik berbincang dengan editor sesebuah syarikat penerbitan agar dapat memahami apa yang perlu ditulis.Ini akan mengelakkan anda membuang masa menulis sesuatu yang pasti ditolak.
4.Jauhi segala bentuk tulisan yang berbau perkauman,kritikan melulu,menyentuh sentiviti agama dan lain-lain yang menyalahi undang-undang.
5.Tulislah bersandarkan fakta dan terbuka.
6.Sentiasa perbaiki penulisan agar ianya terkini dan menepati cita rasa pembaca.
7.Ketahui kehendak pembaca.Cuba buat penyelidikan dan kajian tentang bahan yang sering dan gemar dibaca oleh setiap kategori masyarakat sama ada kanak-kanak,remaja atau golongan dewasa.Ini akan membantu anda menulis sesuatu yang suka dibaca.
8.Sentiasa mengikuti perkembangan jenis bacaan yang laris dan mendapat jualan tinggi.
9.Menulis untuk mendidik pembaca.Justeru tulisan perlu berlandaskan mendidik dan menambahkan pengetahuan pembaca.
10.Kebanyakan penerbit memilih manuskrip bermutu untuk diterbitkan.Justeru anda perlu berusaha menghasilkan manuskrip yang benar-benar bermutu dan menepati piawaian dan kriteria sesebuah syarikat.
11.Antara buku yang paling banyak diterbitkan ialah buku yang menepati kehendak pembaca.Sebagai contoh,buku tentang cara menambahkan wang,memperbaiki diri,memberi motivasi,menambah pengetahuan dalam kehidupan dan lain-lain.Kebanyakan penerbit pada masa kini banyak menerbitkan karya berbentuk motivasi dan kaedah memajukan diri dalam pekerjaan,perhubungan,rumah tangga,pendidikan,keibubapaan dan lain-lain.Justeru anda perlu menulis bahan-bahan tersebut.
13.Buktikan anda menulis bersandarkan teori ilmiah dan fakta tepat serta terkini.Ini memerlukan anda banyak membaca buku ilmiah,surat khabar dan lain-lain.
14.Fahami setiap pembaca mempunyai pendidikan dan pengetahuan berbeza.Tulisan yang baik ialah menepati selera semua jenis kategori pembaca.
15.Belajar cara menulis secara 'solicited manuscript' iaitu anda menghantar kertas cadangan judul,bab,ringkasan bab,contoh bab kepada editor.Apabila editor berminat dengan kertas cadangan anda,anda boleh teruskan menulis satu persatu dan akan diberi nasihat oleh editor untuk menambah baik penulisan.Cara ini akan lebih memudahkan anda dan kebanyakan cara penulisan sebegini akan mudah diterima penerbit.
16.Banyakkan membaca buku-buku di dalam google books.banyak contoh buku-buku baik yang boleh diadaptasi.
17.Belajar cara mengadaptasi buku-buku lain dalam penulisan.Ini akan menjadikan manuskrip anda lebih baik dan bermutu.
18.Sentiasa semak ejaan dan tata bahasa.Manuskrip yang baik kadangkala akan ditolak kerana terlalu banyak kesalahan ejaan dan tata bahasa.
19.Jangan menulis mengikut pemikiran sendiri semata-mata.Ia akan menghasilkan manuskrip kurang berkualiti.
20.Belajarlah menulis agar pembaca membacanya dengan santai dan mudah difahami.
21.Elakkan meniru gaya penulisan penulis lain.ANda perlu membina identiti diri anda sendiri.
Demikianlah beberapa panduan dan tips dalam menghasilkan manuskrip yang mudah diterima penerbit.Semoga berjaya!Selamat menulis.....