ANtara masalah dalam penulisan ialah :
1.Kering idea.
Biasa bagi penulis berlaku masalah ini..Bila tengah syok menulis..kering idea.
Bagi mengatasinya,banyakkan maklumat dan rujukan berguna seperti buku-buku,majalah,artikel,sumber internet dan sebagainya.
Anda juga boleh membuat posting dalam forum-forum maya...
Apabila rujukan cukup,anda tidak akan menghadapi masalah kering idea...
2.Depression (tekanan)
Menulis memang banyak tekanan.Tekanan kerana terlalu lama menghadap komputer,terlalu mahu cepat siap,banyak masalah peribadi dan sebagainya.Bagi menjauhkan tekanan banyakkan masa rehat.Contohnya menulis 1 jam dan berehat 15 minit...Jangan terlalu ikutkan kemahuan nak cepat tulis dengan banyak...
Anda juga perlu menjauhkan komputer jika tidak sihat,mengalmai banyak masalah dsbnya.
3.Ayat menarik.
Bukan mudah untuk menulis ayat yang menarik dan membuai2 pembaca...Sebaiknya baca buku popular dan laris dalam pasaran.Cuba cari idea dari gaya penulisan buku yang telah popular.
Anda juga perlu mencari jalan memasukkan pelbagai contoh,cerita,sindiran dan sebagainya bagi menarik pembaca.
Memang bukan suatu perkara mudah menulis ayat-ayat yang penuh emosi dan berjaya menarik pembaca..
Demikianlah beberapa masalah dalam penulisan....