Thursday, April 8, 2010

Menulis dengan penerbit PTS

Sila hantar kertas cadangan anda kepada kami mengikut butiran berikut:
1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli

Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:

PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular. Emel kepada ptsmillennia@pts.com.my.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Emel kepada ptsprofessional@pts.com.my.
PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak dan remaja. Emel kepada ptsone@pts.com.my.
PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa. Emel kepada ptslitera@pts.com.my.
PTS Islamika (Imprint) menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan dan bahasa moden. Emel kepada ptsislamika@pts.com.my.
PTS Fortuna (Imprint) menerbitkan buku-buku fiksyen tempatan dan sastera klasik bahasa Melayu moden. Emel kepada ptsfortuna@pts.com.my.



1.

Penulis dibayar royalti berdasarkan jualan
2.

Kadar royalti adalah seperti berikut:

*

7% daripada harga runcit buku (5,000 naskhah yang terjual)
*

10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskhah yang terjual)
*

11% daripada harga runcit buku (10,001 naskhah ke atas yang terjual)

Karya tuan akan dinilai terlebih dahulu. Aspek penilaian adalah daripada segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa, dan potensi jualannya.


sumber : http://pts.com.my/