Tuesday, January 24, 2012

Komentar mengenai Teknik Surah Yusuf

Ahmad FadzliDec 30, 2011 04:50 AM
Tak payah jawab Sdr Affandi. Memadailah komen yang telah diberikan. Bagi saya Sdri Ainon percaya bahawa kaedahnya betul dan kaedah ini benar-benar diyakini oleh penulis yg mahu tulisannya diterbitkan. Sdra Affandi pun betul kerana beliau sendiri mempunyai ramai peminat/pembaca. Cuma, yang menjadi kekliruan saya ialah mengapa Sdri Ainon menamakan TSY? Yang itu saya tidak berpuas hati. Saya minta Sdri Ainon ubah ke tajuk lain lah! Dan, saya rasa komen Sdra Affandi byk betul dari tidak betulnya. Sdri Ainon sendiri tahu niat sebenarnya.

Alif Danial yang baghal tapi berlagak pandai,

Hang ni baca ke tak entri Affandi ni betoi-betoi? Kan ke affandi dah kata:

1) Kesalahan TSY ialah kerana dia guna nama surah yusof untuk satu buku manual yang sebenarnya ajar penulis tulis novel cinta untuk dapat untung. Kan ke kuang ajaq namanya tu...itu yang affandi kata "jual al quran dengan harga yang murah"

2) Penyelesaiannya ialah guna PB. Kalau tulis guna PB baru boleh tulis cerita yang Islamik dalam erti kata sebenar (itu pun Affandi tak berani guna nama Surah Yusuf).

Ada paham ka? Macamana hang nak baca paper akademik kalo baca entri blog pun susah nak paham...aku yang bukan orang akademik pun paham apa Affandi tulis..hang ni Aliff Danial kalut la..

Mualaf Danial

Mohd Shahrizal NasirJan 2, 2012 01:46 AM
Assalamualaikum Saudara Aliff Danial,


"Perlu dijelaskan di sini bahawa qissah al-Qur’an ini tidak boleh sama sekali, dengan apa juga tujuan disama ertikan dengan “cerita”, sepertimana yang difahami oleh masyarakat Melayu. Cerita atau kisah yang difahami dalam dunia kesusasteraan Melayu sebagai salah satu bentuk seni adalah berbeza dengan maksud dan ciri-ciri “qissah” yang dirakamkan dalam al-Qur’an."

Kalau Saudara baca ayat saya di atas. Insha ALlah, Saudara akan faham mengapa saya bezakan antara "Qissah" dan "cerita".

Wassalam.

AnonymousJan 2, 2012 11:42 PM
biarlah dia nak merajuk
tiada siapa yang untung tiada yang rugi
sebagai pembaca biasa yang membaca karya sastera berat dan popular, aku rasa novel2 terbitan PTS tiada nilai pun sebenarnya.sama je dengan novel2 terbitan alaf21,buku prima dan lain-lain.cuma pembaca disogokkan kononnya itulah karya sastera sedangkan isinya tiada apa-apa.mungkin selepas fenomena ayat-ayat cinta ramai penerbit yang mula meniru gaya karya sepertinya.tajuk pun semuanya hampir2 sama dengan ayat2 cinta.sudah tiada ideakah?

hantu makcik karipap

Mohd Shahrizal NasirJan 1, 2012 03:13 PM
Assalamualaikum Saudara Aliff Danial,


Pertamanya, ingin saya berkongsi bahawa ayat 24-27 dari Surah Ibrahim itu perlu difahami dalam konteks yang sebenar. Sila rujuk tafsir al-Qur'an, bukan terjemahan semata-mata. Yang dimaksudkan dengan "Kalimah Tayyibah" itu adalah Kalimah Tauhid, manakala "Kalimah Khabithah" adalah Kalimah yang sesat, selain memartabat dan menjulang keesaan Allah.

Saya dengan rendah diri menyeru semua pihak agar tidak menggunakan ayat al-Qur'an mengikut selera sendiri. Tauhid menjadi asas kepada semua perkara, termasuk dalam sastera dan kritikannya. Jadi, bagi apa juga perkara yang tidak mengutamakan tauhid, malah tidak pula menyentuhnya, maka ia perlu diperbetulkan, meskipun disolek dengan solekan luaran yang memanfaatkan kalimah Arab.

Saya petik tulisan Saudara: "Daripada komen yang banyak-banyak kelihatan di sini, nampaknya tuan-tuan hanya mempunyai masalah dengan nama judul Teknik Surah Yusuf sahaja. Tuan-tuan sendiri belum membeli dan membaca buku tersebut."

Maaf sekiranya saya mengatakan bahawa Saudara tidak membaca dengan teliti perbincangan di blog ini tentang TSY. Kesan daripada penggunaan nama ini, bukan hanya sekadar luaran, tetapi kesannya besar pada pegangan akidah. Ini kerana ia melibatkan al-Qur'an, isi al-Qur'an, dan kebenaran al-Qur'an. Hatta pemahaman tentang QISSAH AL-QUR'AN juga telah disalah tafsir oleh pihak terbabit, yang menyamakan/menterjemahkannya sebagai cerita.

Sudilah kiranya Saudara baca tulisan saya di blog saya tentang hal ini, atau pergi ke "Older Post" blog Tn. Hj. Affandi ini.

Saudara, dengan begitu mudah Saudara menyatakan bahawa apa yang penting ialah seseorang itu dapat menghasilkan sesebuah karya dengan mudah. Persoalan saya, adakah yang kita mahu sekarang ini hanya lambakan karya sastera? Walhal isinya tidak menepati Islam? Asalkan seseorang itu boleh menulis, menghasilkan karya, karyanya laris...apakah sekadar itu yang kita mahu? Lebih jauh lagi, adakah itu yang menjadi gesaan Allah? Bukankah apa juga perkara, akhirnya ia wajib menuju kepada pengabdian kepada Allah. Mana mungkin semua tulisan, yang dibuat dengan mudah, apatah lagi jika ianya tanpa asas tauhid...akan dapat mendekatkan kita dengan Allah?

Marilah kita ingat kembali firman Allah yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8).

Jangan kita melontarkan pendapat, tanpa berfikir panjang, tanpa berbalik kepada asas agama. Tanpa fikir akibat/hasil daripada pendapat kita. Semua pendapat kita ada nilaiannya di sisi Allah. Bertakwalah kepada Allah!

Teknik SUrah Yusuf sudah pun gagal di pasaran. Sebutkan sebuah novel yang menggunakan teknik ini yang berjaya?
Hatta editor PTS sendiri berusaha tidak mahu menggunakan teknik ini kerana tahu ia tidak boleh dijual.... Kalau ada yang mempertahankannya hanya pembodek-pembodek yang terlalu taksub.
alahai...

Rosli Mokhtar said...
salah satu kelemahan teknik surah Yusof ialah membina teori berdasarkan alquran terjemahan sedangkan salah satu syarat pentafsiran al-quran adalah mesti merujuk kepada teks asal bahasa arab dan memahaminya melalui laras bahasa arab itu sendiri, keadaan ini menyebabkan beberapa kesimpulan yang dibuat berdasarkan struktur ayat terjemahan sedangkan struktur ayat asal tidak demikian.

Tuan, saya tahu Teori Surah Yusuf juga tidak digemari oleh editor dan penulis PTS sendiri. Saya ingin tanya adakah karya ainmaisarah yang meletup-letup itu (kononnya) ditulis menggunakan teori surah Yusuf? Tidakkan? Ainsmaisarah membawa agenda baru yang boleh memudaratkan pembaca remajanya.

Tanpanama
salam semua
sebagai seorang yang membaca semua karya darilah karya popular sampailah karya sastera saya rasa karya2 terbitan PTS langsung tidak bermutu.lebih indah khabar dari rupa kerana dipenuhi dengan sasterawan palsu.promo bukan main hebat tapi bila diteliti ayat2nya biasa sahaja langsung tiada membantu minda.

Saya minta pts tidak menggunakan Surah Yusuf dalam menamakan teknik penulisan mereka. Gunakan sahajalah nama lain. Teknik pts, teknik ainon dan sebagainya. Saya khuatir, dengan bersandarkan pada al Quran yang merupakan rukun Islam memberi pemahaman saah kepada orang awam, iaitu, "kalau kau tak ikut teknik Quran ini, kau tak percaya kepada al Quran." Ini samalah dengan kes zaman sekarang, Islam dipandang hina kerana pelakunya tidak mencerminlan Islam. Jadi akan ada tanggapan Surah Yusuf tidak indah pun selepas membaca novel pts yang keras dan tidak ada keindahan selain indah pada nama teknik sahaja. Mohon oramg di pts memikirkan perkara ini.

Pn Ainon tidak akan menjawab dakwaan berasas ini. Dia lebih suka para pembodeknya yang menjawab bagi pihaknya. Pembodeknya adalah bala tenteranya. Dia hanya menjawab sekali di atas dengan membuat perbandingan mengenai 'dhab' saja.

TSY adalah satu kegagalan, menyusahkan, memalukan, menganiaya, merosakkan akal dan merosakkan karya!

-Anon sekali lagi-

Sasaran utana PTS ialah bisnes. Untuk berjaya dalam bisnes perlukan perbezaan. PTS melakukannya. Hanya tuan yng punya syarikat yg tahu hakikat sebenar. Tapi daripada imej yg ditonjolkan oleh PTS, menegakkan syiar Islam bukanlah agenda utama tetapi yg jadi menegakkan niat bossnya Pn Ainon itu yg utama. saya mula kenali Pn Ainon daripada artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia. Ideanya mungkin menarik tetapi sampai satu ketika...idea itu menjadi "Tuhan"nya. Penyakit inilah yg kerap meyerang orang yg popular dan terkenal. Bahaya. Teknik surah yusuf itu merupakansalah teknik mengarang yg baik jika digunakan pada tempat yg betul tetapi menamakan teknik tersebut sebagai teknik surah yusuf amatlah berbahaya dan sangat tidak beretika.Pn Ainon bukanlah lulusan sarjana bahasa arab ataupun kesusateraan arab ataupun mana-mana bidang pengajian al-quran. Sgt bahaya fahaman ini, tambahan pula Pn Ainon mempunyai pengikut yg ramai dan ramai ingin popular dengan buku tulisan mereka. target si penulis yg sekian ramai adalah wang...kalaupun niat mereka ingin mendidik tetapi jauh di hati mereka terfikir juga betapa lumayannya royalti yang akan diperolehi jikalau popular. Sebab itu saya rasakan dan menyeru para penulis supaya menghantar karya mereka ke penerbitan yang lain guna untuk menilai mutu pemikiran dan penulisan mereka. Cubalah. Saya sendiri mempunyai banyak hasil penulisan tetapi masih lagi tercari-cari penerbit yang tahu menilai dari segi ilmu dan idea bukannya terfikir untuk melariskan sahaja hasil tulisan kita. Jika rakan-rakan di sini mempuanyai penerbitan lain yg boleh diyakini sila syorkan pada saya.

salam pagi jumaat
ni pendapat personal aku lah kan
kalau buku terbitan PTS yang kita boleh beli macam karya Hj Fadzillah Kamsah dan beberapa lagi tokoh yang kita boleh percaya (kalau)
kalau bab2 novel lain tu semuanya "karya sampah"jer.
tiada bezanya dengan penerbitan karya popular lain.cuma lebih dimomokkan dengan promosi kononnya karya yang berkualiti.sebenarnya sekadar hampas.
aku pun setuju kalau teknik tu tidak dimanipulasikan dgn nama TSY.kalau boleh nyatakan sebagai sumber sahaja.nanti akan menimbulkan keliru.

sumber :

http://pbaru.blogspot.com/