Monday, February 11, 2013

Peranan Penulis Mempromosi Buku Sendiri


Banyak penulis tidak puas hati dengan prestasi jualan buku mereka dalam pasaran. Mereka berpandangan faktor utama jualan buku mereka lembap adalah disebabkan penerbit tidak serius menjalankan strategi promosi dan pemasaran.
Penerbit dan penulis sama-sama memainkan peranan penting dalam mempromosi jualan buku-buku yang diterbitkan.
Penerbit mempunyai limitasi bajet promosi. Oleh itu setiap ringgit yang dibelanjakan untuk aktiviti promosi mestilah menghasilkan pulangan yang baik. Inilah faktor utama mengapa penerbit memilih-milih nama pengarang dan judul buku yang akan diberikan peruntukan bajet promosi.
Data jualan buku-buku PTS menunjukkan judul-judul yang laku keras dalam pasaran adalah karya pengarang-pengarang yang sangat aktif mempromosi buku-buku mereka.

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Universiti Terbuka PTS