Menjadi penulis,putus asa patut tiada dalam kamus hidup.
Penyakit putus asa akan membunuh semangat seorang penulis....
Jika manuskrip ditolak,jangan putus asa.Mungkin ada hikmahnya.
Antara hikmah ialah mungkin manuskrip kurang bermutu dan perlu ada inisiatif untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manuskrip anda....
Jika gagal diterima,cuba perbaiki dan hantar pula ke penerbit lain .
Sikap putus asa adalah amat berbahaya kepada penulis kerana ia akan mematikan keazaman dan perjuangan seseorang penulis....
Sebagai contoh,saya sendiri gagal dalam masa lima tahun untuk berjaya diterima walaupun sebuah manuskrip oleh penerbit.Sedih bin sendu mengenangkan banyak wang dihabiskan untuk mencetak,menjilid dan menghantar dengan pos laju selajunya....
Apabila menerima surat....saya dengan dukacitanya memaklumkan bahawa manuskrip Tuan tidak diterima/ditolak/tidak sesuai dll....memang sedih sendu berlagu2....
Walaupun gagal dan gagal,saya terus menulis,mengemaskini,membetulkan kesalahan,mencari idea baru,menghadiri pelbagai kursus,mencari ilmu drpd pengalaman penulis yg telah berjaya,memperbanyak pelbagai jenis bahan bacaan,lebih rajin ke perpustakaan dan lain-lain....
Janganlah kerana manuskrip pertama anda ditolak,anda akan menutup pintu hati untuk menulis....
Teruskan cuba dan cuba krn usaha tangga kejayaan.......
Ingat!Putus asa perlu dibuang dari kamus hidup anda....
Jangan sesekali putus asa....
Menulis adalah perjuangan....jadi teruskan berjuang!!!!