jika anda suri rumah sepenuh masa dan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami serta tidak memiliki apa-apa kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih.
Anda tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya bergantung 100 % gaji suami anda.
Anda perlu menulis kerana menulis adalah kerja mudah dan boleh dilakukan di rumah,disamping tidak menjejaskan tumpuan anda kepada suami dan anak-anak.
1.Mula-mula sekali belajar cara menulis dengan betul dengan menghadiri kursus dan bengkel penulisan.
2.Tulis bahan yang mudah seperti cerita kanak-kanak,novel remaja,koleksi cerpen dll.
3.Luangkan masa sekadar 1 jam sehari.Jika sehari anda mampu menulis 5 muka surat,ini bermakna anda hanya memerlukan 2 bulan sahaja untuk menyiapkan sebuah manuskrip.
4.Luangkan masa ke perpustakaan dan pinjam buku-buku untuk dibaca di rumah.Jika anda membaca di perpustakaan,ini memerlukan masa yang agak lama dan menjejaskan tumpuan anda kepada rumah tangga.
5.Azam dan semangat perlu kuat untuk menulis.Jangan menulis separuh jalan....
6.Sokongan suami akan menaikkan semangat dan kreativiti anda.Pastikan anda mendapat sokongan moral dari suami anda.
7.Sentiasa mahu berjaya untuk mendapatkan hasil dan pendapatan melalui penulisan.Ia
akan menjadikan anda lebih bersemangat.
8.Perbanyakkan bacaan seperti internet,surat khabar,buku-buku dll.
9.Dapatkan bantuan daripada penulis-penulis yang telah berjaya.
10.Ingin memiliki wang sendiri patut dijadikan matlamat dalam penulisan supaya kemahuan menulis sentiasa membara dan berterusan.....
Jika anda berjaya,anda akan mendapat pendapatan sendiri dan mampu membantu suami meringankan beban kewangan di mana pada masa ini,segalanya memerlukan wang dan ringgit serta sen......
Wahai suri rumah,mulakan penulisan.... kejayaan anda adalah kejayaan suami dan anak-anak...