Tips atasi tekanan.
Menulis memang memberi tekanan fizikal dan mental terutama sekali menulis bahan ilmiah dan memerlukan fakta yang tepat dan terkini.
Antara tips ialah :
1.Jangan menulis ketika menghadapi pelbagai masalah seperti konflik rumah tangga,masalah kewangan dll.
2.Elakkan menulis tanpa henti berjam-jam lamanya.
3.Sediakan bahan secukupnya.Ini mengelakkan anda tercari-cari apa yang perlu ditulis dan menimbulkan tekanan.
4.Cuaca adalah penting.Jangan menulis ketika cuaca amat panas.
5.jangan terburu-buru mahu cepat siap.Ia akan melahirkan tekanan.
6.Tulis ketika hati tenang dan gembira.
7.Rancang penulisan anda dengan telii dan teratur.
8.Cuba pelbagaikan lokasi menulis.Tulislah di kawasan rekreasi,taman,pantai dll.
9.Amalkan senaman kaki kerana kekejangan akan membawa tekanan.
10.Elakkan memaksa otak anda dengan memerah sepenuhnya tanpa rehat dan menenangkan diri.
11.Jajuhi segala gangguan seperti bunyi bising,tv,radio dll.
12.Cuba mulakan bab atau bahagian yang senang dahulu.
13.Tidur dan rehat yang cukup amat penting dalam mengelakkan tekanan.
Tekanan bukan sahaja menjejaskan kesihatan,malah menjejaskan penulisan anda.Ia mampu menjadikan anda menulis dengan tidak keruan dan menghasilkan manuskrip yang tidak bermutu....
Elakkan tekanan demi menghasilkan karya bermutu!