Saturday, March 22, 2008

cara saat sulaiman

Jika anda mahu menulis mengikut cara saat sulaiman,baca...

1.Pergi ke kedai buku dan lihat pelbagai jenis buku.Tulis semua nama buku dan buat kajian tentang buku yang belum ada dalam pasaran atau bab dan bahagian masih belum sempurna.Juga baca surat khabar dan perhatikan isu semasa agar mendapat idea menulis tentang isu semasa dan relevan.

2.Cuba cari isi kandungan jenis buku yang anda ingin tulis,contohnya tentang rumahtangga.

3.Buat isi kandungan awal,contoh
Kandungan
Prakata
Kepentingan mengekalkan rumah tangga
Bab 1 : Panduan Rumah tangga bahagia
Bab 2 : Punca Keretakan Rumah Tangga
Bab 3 : Idea perhubungan lebih baik
sehingga bab 10 atau 20.....
isi kandungan boleh ditambah dan dibuang jika perlu

4.Pergi perpustakaan dan baca pelbagai buku,majalah,jurnal dll,salin dan cari maklumat berdasarkan isi kandungan yang telah anda lakarkan.

5.Cuba mula tulis mengikut bab yang anda rasa sesuai dan mudah.

6.Susunan bab,bahagian,isi dan lain-lain boleh dibuat waktu akhir penulisan.

7.Cuba tulis mengikut fakta tepat dan terkini.

8.Manfaatkan internet untuk menambahkan pengetahuan,fakta,kajian dll.

9.Berbual dengan ramai orang untuk mengetahui pendapat,cadangan dan lain-lain melalui Yahoo messenger,google talk,yahoo answer,netlog dll.

10.Manfaatkan emel untuk soal jawab dengan seramai manusia.

11.Menulis 1 jam dan berehat 5 atau 10 minit supaya otak tidak 'crash' atau bosan.
Sebaiknya tutup moniter dan scan virus,spyware dan berehat dengan melihat kehijauan dan tenangkan fikiran.

12.Apabila telah siap manuskrip,semak tata bahasa dan ejaan berulang kali sebelum membuat keputusan mencetak.

13.Pastikan semua maklumat,fakta telah cukup sebelum membuat keputusan cetak.Sebaiknya baca manuskrip berulang kali agar dapat memasukkan tambahan idea demi memantapkan lagi.

14.Cetak dan binding.

15.Lakukan solat hajat dan doa sebelum pos manuskrip anda kepada penerbit.....

16.Hubungi penerbit untuk pengesahan penerimaan.

17.Tunggu dan tunggu keputusan penerbit....sabar dan sabar....

18.Gembira dan syukur jika diterima,redha dan pasrah serta menambahbaik manuskrip jika ditolak...

Selamat menulis...

SATA SAALIMUN...
Man whoo Look Dummy But Not Dumb!