Tuesday, January 1, 2008

Bagaimana mendapatkan idea?

Jika anda minat menulis....sudah tentu anda memerlukan idea.
Jika anda mahu menulis cerpen,buku,novel,artikel dan apa sahaja,idea adalah amat penting.

Antara cara mendapatkan idea ialah:

1.Membaca buku

Membaca buku akan menemukan anda dengan pelbagai idea.Sebagai contoh,jika anda ingin menulis tentang sejarah,bacalah buku sejarah.Jika ingin menulis tentang ekonomi,bacalah buku ekonomi..begitulah seterusnya.

Membaca buku daripada pelbagai jenis dan sumber akan menambahkan idea dan melahirkan idea2 baru anda.Justeru rajin2lah ke kedai buku dan membeli buku.
Jika ingin membaca buku percuma,pergilah ke perpustakaan.

2.Melayari laman web.

Laman web mempunyai pelbagai info,maklumat berguna dan boleh menambahkan idea anda.Pelbagai web berfaedah dan bermanfaat yang perlu dilayari untuk mendapatkan idea...

3.Membaca surat khabar

Surat khabar adalah media cetak yang memberi pelbagai maklumat dan isu terkini.Bacalah pelbagai jenis surat khabar setiap hari.

4.Memerhati manusia.

Di sekeliling kita,pelbagai jenis manusia yang ditemui.Di tempat kerja,
dalam bas,LRT,teksi,kawasan awam dll.Meneliti dan memerhati ragam manusia
akan menemukan anda dengan pelbagai jenis idea.Sebagai contoh,buku penulis bertajuk 'Anda bijak atau sebaliknya' ditulis berdasarkan idea melihat pelbagai karenah dan watak manusia di sekeliling..Jadi manfaatkan pelbagai wajah manusia dengan mendapatkan idea.....

5.Teman maya.

Kita juga perlu memiliki ramai teman maya...teman yang boleh berkongsi pengetahuan,pengalaman dan idea....Jadi anda perlu mencari pelbagai jenis teman maya untuk mendapatkan ilham dan idea....

Moga anda mendapat pengetahuan sewajarnya.....