"Adakah aku boleh menulis?"itulah persoalan yang dilontarkan seseorang yang tiada langsung kemahiran menulis atau bercita-cita menjadi penulis.
Sebenarnya semua orang mampu menulis kerana menulis bukan bakat semulajadi seperti menyanyi dan bermain bola.
Menulis boleh diasah dan diperbaiki dari masa ke semasa.Walau apa pun taraf pendidikan seseorang,dia mampu menulis asalkan mempunyai kemahuan yang kuat untuk menulis.
Menulis perlukan kemahiran dan kemahuan.Jika tiada kedua-duanya,seseorang akan gagal dalam bidang penulisan.
Jika anda ada kemahiran menulis dan kemahuat yang kuat untuk menulis,persoalan yang ditimbulkan tidak akan wujud sama sekali.
Menulislah hari ini kerana esok belum pasti sama masih hidup atau mati!