Tuesday, April 6, 2010

Buku terbaru



Ini adalah buku terbaru dari saya.Ia ditulis dengan penuh komitmen dan kesabaran tinggi .Alhamdulillah dengan bantuan editor PTS bernama Tuan Ikram,ia dapat diselesaikan dengan baik dan bernas.

Saya memerlukan masa yang agak lama dalam menyiapkan buku ini kerana membaca pelbagai rujukan seperti buku,laman web,majalah,jurnal dan sebagainya.

Pelbagai dugaan dan cabaran dalam menyiapkan buku ini.Pelbagai kritikan dan komen bernas dikemukakan pihak editor bagi memantapkan isi kandungan buku ini.Sebagai penulis yang tidak mudah melatah dan setia mendengar cadangan editor,saya menulis setiap hari dengan penuh semangat dan akhirnya menepati piawaian PTS.

Saya bersyukur kerana niat mahu melahirkan sebuah buku buat usahawan islam agar menjadi panduan berguna dalam bisnes berjaya diterbitkan.

Bagi saya,ini adalah buku yang paling manis dalam kehidupan bergelar penulis.
Buku ini amat bernilai dalam hidup saya dan saya berdoa ia menjadi salah satu buku yang perlu dimiliki usahawan islam bagi penambahbaikan kehidupan sebagai usahawan.

Saya amat berterima kasih kepada Tuan Ikram,Tuan Shakir dan semua team PTS yang banyak membantu dalam penyiapan buku ini.

Terima kasih semua...