Ramai teman bertanya,bagaimanakah saya boleh menulis sedangkan saya mempunyai pelbagai tugas terutama sekali sebagai usahawan yang sibuk dan bekerja keras siang dan malam?
Jawapan saya ialah pengurusan masa.Saya menyimpan masa 30 minit sehari untuk menulis setiap hari.Adakala saya mampu menulis 10 muka surat sehari dan kadangkala hanya 1 muka surat sehari.
Menyimpan masa menulis setiap hari akan menjadikan anda komitmen dengan menulis.Simpanlah masa 30 minit dan masa tersebut adalah kecil dibandingkan dengan pelbagai masa yang dihabiskan seperti menonton tv,lepak dan sebagainya.
Sekiranya anda mampu menulis 2 muka surat sehari dalam masa 30 minit,sebulan anda telah melengkapkan 60 muka surat.Dalam masa 3 bulan,anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip.
Bahagikan masa dengan bijak dan komitedlah menulis.Menulis berterusan akan melahirkan keseronokan dan semangat jitu untuk terus menulis.
Selamat menulis!