Thursday, May 13, 2010

TIPS MEMBACA PANTAS.

TIPS MEMBACA PANTAS.

Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Membaca
pantas akan banyak membantu seseorang terutama sekali pelajar,guru,wartawan,
pencinta buku,editor dan lain-lain.

Membaca pantas banyak menjimatkan masa kita.Jumlah buku,majalah,laman
web dan pelbagai jenis bahan bacaan yang wujud di dunia ini terlalu banyak.
Dalam setahun,mungkin anda mampu membaca 5 buah buku sahaja,namun
dengan kemahiran pantas membaca,anda berjaya membaca 12 buah buku setahun.
Ini membuktikan kemahiran pantas membaca adalah penting.
Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Tanpa
kemahiran,aktiviti senaman mata pun tidak diketahui.Begitulah pentingnya
kemahiran.

Antara tips membaca pantas ialah:

1.Tumpukan pembacaan.
Manusia mempunyai dua telinga,satu hati dan satu otak.Walaupun
mempunyai dua telinga,manusia tidak mampu mendengar dua perkara berlainan
yang diucapkan oleh dua orang.Ini disebabkan manusia hanya mempunyai satu
hati dan satu otak yang mampu menerima hanya satu perkara sahaja.
Jika anda mahu membaca,anda perlu mengelakkan gangguan.Jika membaca dan
radio atau tv terpasang,kemungkinan tumpuan pembacaan akan hilang.Ini
menyebabkan anda gagal membaca pantas.
Gangguan lain ialah masalah,tekanan,rindu,bebanan,kepanasan,kesejukan,
manusia yang berada di sekeliling dan lain-lain.Segala gangguan yang muncul akan
menjejaskan tumpuan pembacaan.Ini akan menyebabkan anda gagal membaca
dengan pantas.

2.Menyusun rangkap perkataan.
Anda perlu bijak menyusun rangkap perkataan dengan bijak.Sebagai contoh:
‘Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun dan ke atas’.
Ayat perlu disusun ialah:
Peraduan ini,
terbuka kepada semua warganegara Malaysia,
yang berumur 21 tahun ke atas.
Apabila anda menyusun rangkap jumlah setiap perkataan dengan betul dan telah
diformatkan dalam otak anda,anda akan berjaya membaca dengan pantas.

3.Membaca perkataan yang lebih penting.
Dalam satu ayat,tidak semua perkataan adalah penting.Sebagai contoh:
‘Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun ke atas’.
Perkataan yang penting ialah peraduan,warganegara,21,ke atas.
13 perkataan yang wujud dalam ayat tersebut hanya mempunyai lima perkataan
penting.
Walaupun hanya membaca 5 perkataan sahaja,anda akan faham maksud ayat
tersebut.

4.Tahu perkataan selepasnya.
Apabila anda sentiasa membaca buku,majalah,internet dan lain-lain,anda
akan tahu cara penggunaan sesuatu perkataan.Jika anda faham tentang
penggunaan perkataan dalam sesebuah jenis buku dan majalah,anda akan tahu
menjangka perkataan selepas sesuatu perkataan.
Sebagai contoh:
‘Pada masa kini,pelbagai gegala……..
Apabila anda melihat perkataan ‘gegala’,anda tahu perkataan selepasnya ialah
negatif.Ini menunjukkan anda tahu dan faham dengan jenis tulisan yang
anda biasa baca.

5.Akal dan hati bersatu.
Jika anda membaca,hati dan akal perlu bersatu.Kebanyakan pembaca,mereka
membaca buku dan otaknya difokuskan kepada pembacaan tetapi hatinya berada
di tempat lain.Ini akan mendatangkan masalah.Bukan sahaja anda tidak berjaya
membaca dengan pantas,malah menyebabkan anda tidak faham dengan cepat.

6.Otak dan mata perlu rehat secukupnya.
Jika mata atau otak anda penat,anda tidak akan dapat membaca dengan
pantas.Otak dan mata berhubung dan bergantung antara satu dengan yang lain.
Justeru,anda perlu memberikan kerehatan kepada otak dan mata secukupnya.
Cara memberi kerehatan ialah berhenti membaca setiap 30 minit dan berehatlah
selama 5 minit tanpa apa-apa aktiviti.

Demikianlah tips membaca pantas.Masa itu terlalu sedikit,kewajipan
dan tugas adalah banyak.Membaca pantas adalah jalan memanfaatkan masa
dengan lebih berharga.Selamat membaca pantas!

sekian,wasalam.............


www.saatcham.com