Thursday, January 20, 2011

PENGALAMAN MENJADI PENULIS

PENGALAMAN MENJADI PENULIS

Tahun ini genaplah 6 tahun bergelar penulis setelah buku pertama Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang diterbitkan pada tahun 2005.
Bergelar penulis adalah indah kerana berjaya berkongsi ilmu kepada pembaca.Sebagai seorang manusia yang berilmu adalah rugi menyimpan ilmu di dada..adalah terbaik menulis dan dijadikan buku agar lebioh ramai mendapat manfaat.Jika seseorang mengajar di masjid atau surau,mungkin hanya 50 hingga seratus orang sahaja mendapat manfaat.Namun menulis buku akan dapat dibaca berjuta manusia diperpustakaan dan rumah.
Antara pengalaman dilalui adalah :
1.Manuskrip ditolak 10 penerbit.
2.Penerbit tidak menjawab dengan surat pengesahan bila menghantar manuskrip.Bila dihubungi mereka menjawab “TIDAK TAHU”.
Inilah ciri-ciri penerbit PENIPU.
3.sEORANG EDITOR MENGATAKAN PENULIS bodoh.
4.Sebuah penerbit kata memberi jawapan manuskrip.ia diterima dan perlu mengedit.Setelah berbulan susah payah mengedit,ketua editor memberi jawapan “MAAF,MANUSKRIP DITOLAK”.Penerbit ini memang menyusahkan!
5.Seorang editor memberi jawapan setelah 3 hari emel manuskrip “MANUSKRIP ANDA DITOLAK’Tiga hari?
6.Sebuah penerbit menyimpan manuskrip selama 8 bulan tanpa jawapan.Bila dihubungi dengan serius dan tegas,barulah terhegeh-hegeh memberi jawapan.
7.Editor suka berjanji dan mungkir janji.
8.Seorang editor memburukkan penulis.
Itulah antara pengalaman yang dilalui sepanjang terjun dalam bidang penulisan.Terlalu banyak masalah dan ujian ,namun penulisan diteruskan kerana menulis itu dakwah.
Saat Sulaiman
www.saatcham.com