Monday, January 23, 2012

LUAHAN PENULIS SKRIP

"Melihat tajuk entry 'Nasib Penulis Skrip...' di blog Mai ini menguatkan semangat saya untuk membacanya. Maklumlah dah hampir 20 tahun menjadi penulis skrip, nasib saya sama seperti Anonymous-1.

Betul juga seperti kata saudara Mufid. Saya juga pernah cuba mendekatkan diri dgn persatuan, tapi kalau di waktu pejabat pun pintu pejabat persatuan berkunci dgn mangga besar, ke mana arah tuju kita?

Apapun saya bangga pada Anonymous-2 yang nampaknya langsung tidak menghadapi apa-apa masalah. Syabas 'Penchinta (bukan pencinta) Ruang Gelap. Anda mungkin salah seorang drp sejuta manusia di dunia ini yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dgn keajaiban yg unik.

Namun nasihat saya tak perlulah mendadik dada! Angkuh, riak dan bongkak itu akan membawa kepada kejatuhan seseorang. Bila dah jatuh macam 'nangka busuk' baru anda tahu langit itu tinggi rendah.

Maafkan saya kalau sedikit terkasar bahasa. Kritik saya berdasarkan pengalaman sendiri. Berdasarkan hukum 'karma', kita tipu orang, orang lain pula akan tipu kita dan begitulah seterusnya dan seterusnya.....

Apa yang saya tahu sekarang ini tidak ada stesyen TV yang hendak skrip lengkap sebelum proposal kita diluluskan mereka. Pitching kat RTM pun tidak sorang pun penulis skrip yang hantar skrip lengkap. Tak tahulah saya kalau Anonymous-2 aka Penchinta Ruang Gelap hantar skrip lengkap.

Begitupun pernah terjadi pada saya, proposal yang diluluskan oleh stesyen TV dan produser juga sudah bayar penuh harga skrip itu, tetapi bila keluar kat TV nama penulis lain pula tertera di skrin TV. Terasa juga sakit hati sebab nama kita tak termasuk dalam credit title.

Itu baru satu! Kalau saya nak bongkarkan, memang terlalu banyak. Proposal saya diciplak sehingga menjadi siri bermusim-musim, produser bayar dgn cek dan saya terkinja-kinja pergi ke bank kerana perlukan duit, alih-alih cek tendang. Drama dah berbulan-bulan keluar kat TV tapi produser pula menghilangkan diri.

Kalau nak cerita, memang terlalu banyak yang dah saya alami. Ini semua menguji kesabaran kita. Tapi ada ketika membuatkan kita berkasar dan dituduh pula kita ni kurang ajar.

Kepada Mai dan lain-lain penulis skrip, sekiranya ada apa-apa perjumpaan dan perbincangan berkaitan nasib penulis skrip, sila hubungi saya. Saya tidak keberatan untuk bersatu tenaga dengan anda kalian. Wa'alaikumusalam."

"Nasib penulis skrip di tanah air kita ni bagaikan melukut di tepi gantang. Swam nampaknya tidak banyak bertindak membelanya. Seniman hanya tumpukan kpd artis2 aje...begitu juga dgn Karyawan.
Di mana artis, di mana pengarah dan di mana produser sekiranya tanpa penulis skrip?
Sedangkan nasib penulis skrip terumbang-ambing...byk skrip kena ciplak dan ganjaran yg tak setimpal."


"Catatan dibawah adalah pengalaman saya sendiri yg pada mulanya saya letak di thread asal isu ini di facebook :

Untuk makluman, saya pernah menulis dua tele dalam bentuk part 1 & 2 untuk seorang pengarah yang mengaku sebagai penerbit. Saya terlalu "excited" dapat job sehingga lupa menyiasat latarbelakangnya. Siap tele itu, baru sedar yang dia baru terkial-kial nak cari financier, syarikat pun belum tubuh lagi. Padahal sebelum tu dia kata stesyen sudah luluskan proposal tu dan syarikatnya pun sudah ditubuhkan. Dan janji nak bayar RM5,000 untuk satu tele, dua maknanya RM10,000.

Bila disiasat di stesyen rupanya stesyen tak lulus! Saya marah jugak tapi dalam marah itu saya tetap beri peluang dia jual skrip itu pada stesyen lain.

Setahun kemudian, saya tuntut hak saya. Baru dia cakap stesyen lain dah lulus dan dah shoot, tunggu masa tayangan saja. Dan dia akan bayar saya saguhati RM500 saja sbb skrip saya "reject" . Dia terpaksa upah penulis lain utk menulis semula beradasarkan sinopsis. (Skrip ini idea asal dari dia, saya hanya menulis skrip). Dan dia mintak saya sms nombor akaun. Saya tak mahu beri no akaun sebelum saya tengok skrip dulu. Sebanyak mana perbezaan antara skrip saya dengan skrip penulis lain itu?

Apa reaksinya? Dia terus marah-marah dan kata saya ini :

"Scriptwriter berlagak. Siapa You dalam industri? Stesyen kenal you? Apa skrip you yang meletup yang orang kenal?"

Saya balas balik melalui SMS :

Nur Kasih dan Datin Wan Abe tu skrip saya. Eksekutif stsyen yg kenal saya hanya tiga orang lah saja - Brijesh Tanna, Siti Nur baya dan Julian Cheah.

Dia tersentap agaknya dengar nama Nur Kasih lalu dia kata :

"oh...i terlalu sibuk dengan kerja i sampai tak ada masa nak tengok TV".

Lepas tu saya cari siapa penulis skrip baru yang dia upah tu. Alhamdulillah, penulis baru itu mahu bekerjasama dengan saya dengan menghantar skrip penuh tulisannya melalui e-mail. Penulis itu faham kes begini biasa terjadi dan dia pun cemas jugak. Setelah baca, ia tidak sama. Penulis itu pun lega.

Ya, walaupun sinopsis sama, tapi garapan dan olahan setiap penulis berbeza kerana Allah menjadikan bakat setiap manusia berbeza dan unik. Sebab itu lah tidak ada karya yang sama walaupun idea sama melainkan karya ciplakan/plagiat.

Skrip tele dua bahagian itu digabungkan menjadi satu saja (90 minit) dan penerbit membayar penulis itu RM4,000 manakala pengarah itu mengambil RM2,000 dari penulis sebagai ganjaran untuk idea dan usaha dia mendapatkan job ini. Jadi, penulis baru itu hanya mendapat RM2,000 dan saya, RM500.

Redha skrip saya "reject", saya pun setuju terima RM500 itu tetapi bukan untuk diri saya. Saya niatkan utk sedekah pada anak-anak yatim Islam yang tertindas di Mindanao. Projek Act Malaysia namanya. Saya suruh dia masukkan terus dalam akaun anak2 yatim.
Manakala sebahagiannya untuk co-writer yang bantu saya buat skrip part 2, seorang pelajar IPT dalam bidang skrip juga. Dia janji akan masukkan. Dan sampai sekarang duit itu belum masuk pada akaun co-writer saya atau anak2 yatim.

Begitu lah ceritanya...."


sumber :

http://tangisanbulanmadu.blogspot.com.