Berikut antara tips
Nota: Cerita fiksyen PTS, mengutamakan ciri Islami. Dan tips
di bawah hanya merujuk kepada kehendak PTS, tidak semestinya sama dengan
kehendak penerbit lain.
1. Hero mestilah lelaki.
2. Tempoh atau masa kejadian hendaklah panjang misalnya dari
watak kecil membawa ke dewasa atau tua.
3. Pada akhir cerita mesti ada kejayaan kepada watak.
4. Watak baik atau jahat tidak boleh dihukum - kata Puan
Ainon.
5. Biarpun watak jahat, tetapi tidak perlu diberikan hukuman
di akhir cerita, memadai dengan penyesalan.
6. Bermakna tidak boleh memberi kemenangan kepada kejahatan.
7. Watak hero yang ideal iaitu hero yang semua orang suka,
mestilah handsome kan?
8. Mesti ada banyak watak, contohnya dalam cerita Surah
Yusuf ada kira-kira 25 watak.
9. Daripada watak-watak itu, banyakkan watak jahat. Ini
untuk menimbulkan semangat cekal di hati pembaca untuk terus membaca.
10. Guna banyak lokasi.
11. Walaupun cerita fiksyen, kena ada ciri cerita benar -
imbangkan antara realiti dan rekaan.
Perkara tidak sepatut ada dalam cerita indah.
1. Orang kahwin. Hero dan heroin bukan suami isteri.
2. Jangan ada kisah bercerai - sebab sudah terlalu banyak
kisah novel jenis ini.
3. Susun ikut turutan waktu, tiada bab imbas kembali.
4. Guna bahasa tinggi - jangan guna bahasa pasar.
5. Jangan guna bahasa `kontot' - eg tu, ni, pi, gitu, gini,
dah... tulis penuh ini, itu, begitu, begini dan sudah.
6. Jangan ada perkataan tiada makna seperti erm.... err...
ha.....arr kerana moto PTS ialah memandaikan bahasa.
7. Subjek dalam ayat tidak perlu ada dalam dialog misalnya
"Cikgu, saya ingin berehat selama lima minit." Terus
saja...."Saya ingin berehat selama lima minit," kata Aminah kepada
gurunya.
8. Jika ingin sebut juga, guna dalam ayat permintaan atau
permohonan dan sembah seperti "Oh Tuhan.... "
9. Pekata mengikut teknik Surah Yusuf - kena sebut watak
pekata di depan dialog, misal begini:
Mak Som bertanya, "apa khabar?" atau watak dan
perbuatan diletak dalam dialog eg. Sambil memerhati jarinya, Aminah berkata di
dalam hatinya`cantik betul cincin ini.'
Maklumat untuk bakal penerbit:
1. Kajian di peringkat antarabangsa menunjukkan 80 peratus
buku yang laku ialah buku fiksyen.
2. Daripada jumlah buku-buku fiksyen yang laku itu, 80
peratus pembelinya adalah wanita.
3. Sama ada buku untuk perempuan atau buku untuk lelaki,
Covernya mesti cantik pada pandangan wanita.
* Berdasarkan maklumat di atas, bermakna novel pertama yang
saya tulis macam tidak kena untuk kehendak PTS. Kalau malas nak ubah,
terpaksalah beri ke tempat lain.
* Nasihat untuk kawan-kawan, kenali dahulu kehendak penerbit
sebelum anda menghasilkan novel bagi dikemukakan kepada penerbit terbabit.
* Bagi kemudahan pengarang/penulis, kemukakan sinopsis
cerita dahulu untuk PTS - bila sinopsis diluluskan barulah boleh mula menulis,
atau mengubah novel yang sudah dirangka mengikut kehendak sinopsis yang
diluluskan.
Catatan untuk rujukan kawan-kawan semua yang bercadang menulis
novel untuk PTS.
sumber :