Apabila bersusah payah menulis dan menyiapkan sesebuah manuskrip,namun ia ditolak penerbit memang mengecewakan.
Namun anda jangan berputus asa kerana ia bukan penamat.
APa yang perlu dilakuakn ialah :
1.Bincang dengan editor.
Cuba berbincang dengan editor agar dapat mengenalpasti punca dan sebab manuskrip ditolak.Dapatkan idea-idea dari editor agar manuskrip tersebut dapat ditambahbaik dan dikemaskini.
2.Buat pembacaan.
ANda perlu membuat pembacaan manuskrip tersebut dan lihat kelemahan dan kekurangan yang ada.Analisa dan pemerhatian teliti perlu dilakukan agar mendapat idea-idea lain yang lebih bernas dalam mengemaskini manuskrip.
3.Buat olahan semula.
Mungkin manuskrip terlalu banyak keurangan seperti fakta berulang,bahasa lemah,penyampaian tidak mesra dan lain-lain.Justeru buat olahan sebaik mungkin agar ia lebih menarik dan diterima penerbit.
4.Cari bahan baru.
Penambahan fakta,isi,kandungan,bab mungkin perlu dilakukan agar manuskrip lebih menarik dan padat.Justeru anda perlu mencari pelbagai bahan-bahan baru dan terkini agar dapat dimasukkan dalam penulisan.
5.Kekalkan isi utama.
Cuba kekalkan isi-isi utama dan penting.Manakala isu-isu dan bahagian yang kurang penting dan tidak relevan perlu dibuang dan digantikan dengan bahan-bahan yang lebih menarik.
6.Cari kelainan.
Mungkin manuskrip anda mempunyai isi kandungan yang hampir sama dengan buku yang telah terbit atau manuskrip penulis lain.
Justeru anda perlu cari kelainan agar ia menunjukkan perbezaan pada isi kandungan,gaya bahasa,fakta dan lain-lain.
Apabila manuskrip ditolak,anda perlu berusaha agar dapat mengemaskini dan menambahbaik manuskrip tersebut.Jangan sia-siakan usaha anda yang telah bermula.Kejayaan tidak mungkin datang dengan mudah.
Perbaiki kelemahan dan cari pelbagai isi-isi yang lebih padat dan relevan agar ia mampu memberi tarikan kepada penerbit.Berusahalah,manuskrip anda akan diterima nanti setelah penambahbaikan dan kemaskini dilakukan dengan lebih baik,insyaALlah.