Tuesday, August 7, 2012

5 Tips untuk Menulis dengan Pantas

asalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekadar renungan. hari ini saya hendak berkongsi sedikit tips untuk menulis dengan pantas. info ini saya peroleh dari seorang sahabat blog. jikalau anda selalu mengalami kesuntukan masa dalam menyiapkan sesuatu penulisan atau karangan. cuba anda amalkan tips-tips yang diberikan ini.

1. Jangan risau kualiti draf pertama anda

Sama ada anda menulis cerita fiksyen atau non-fiksyen, ramai pakar menyarankan anda menulis draf pertama terlebih dahulu sebelum mengedit. Maksudnya, walau bagaimana cara sekalipun, momentum menulis anda tidak akan hilang, berbanding anda merasa tertekan kerana kerap memadam ayat-ayat yang serba tidak kena itu.

2. Buat rangka penulisan sebelum mula menulis

Ramai yang mengambil ringan tentang kepentingan merangka karangan atau apa-apa jenis penulisan yang akan mereka lakukan. Saya mengaku, dahulu saya begitu. Tapi setelah beberapa kali saya gagal mengeluarkan idea yang bernas untuk mula menulis terutamanya projek-projek besar, saya akan kembali kepada asas iaitu membuat rangka. Ya, praktikkan kaedah ini tanpa rasa jemu: PENDAHULUAN, ISI/POINT, PENUTUP. Tak susah pun!

3. Set dan tulis tanpa henti selama 10 minit

Anda perasan tak yang selalunya anda akan lebih efisyen bekerja dalam tekanan? Perkara yang sama boleh berlaku kepada anda dalam bidang penulisan. Otak yang dianugerahkan kepada kita sangat unik di mana ia boleh berfikir dengan pantas jika ia berada dalam tekanan. Jika anda mahu membuat kaedah ini dengan konsisten, saya sarankan anda mengira masa anda sendiri.

4. Buat kajian dan persediaan berasingan dari sewaktu menulis

Jika anda baru hendak memulakan kajian, membuat persediaan dan menulis dalam masa yang sama, ia sememangnya akan banyak membuang masa anda. Satu masa digunakan untuk membuat tiga perkara tidak akan membantu mempercepatkan proses menulis. Ikut susunan yang betul. Buat terlebih dahulu kajian topik yang hendak ditulis, buat persediaan menulis dengan menyediakan rangka karangan/penulisan. Akhir sekali, tulislah berpandukan rangka anda dengan aman dan tenteram tanpa perlu memikirkan tentang perkara lain yang melambatkan penulisan anda.

5. Matikan segala gangguan (YM, email, facebook, twitter, dsb)

Ya, MATIKAN SEGALA GANGGUAN terutamanya jika anda sering menerima sapaan sesiapa jika mereka tahu anda sedang online. Email, mesej masuk melalui RSS Reader, dan juga televisyen! Kalau anda tidak percaya yang anda boleh melakukan penulisan anda dengan lebih pantas jika anda mematikan gangguan, anda cuba sendiri dan saksikan kebenaran kata-kata saya. Bukan tidak boleh bersosial, tetapi sewaktu sedang menulis, matikan dahulu gangguan itu dan sambung semula selepas penulisan anda selesai agar fokus anda tidak terganggu.

Cuba anda praktikkan 5 tips untuk menulis dengan pantas ini selama seminggu dan lihat sendiri hasilnya. Dan jika anda mempunyai tips atau alternative-alternatif lain untuk membuat perkara yang sama, jangan segan untuk berkongsi.

sumber :


http://sebagairenungan.blogspot.com